Betullah kata org2 bijak pandai bahawa pembelajaran itu adalah sepanjang hayat dan tak akan berhenti selagi kita masih bernyawa di muka bumi Allah yang mencabar ini. Buktinya, diriku. Meski tidak punya kemahiran dan pengetahuan tentang penulisan blog ini apatah lagi memberikan hiasan yang kreatif agar ia kelihatan cantik dan menarik, namun atas dasar ingin belajar & mencuba sesuatu, maka ku gagahi diriku utk membuat sebuah blog atas nama "Stanza Sekeping Hati". Ini pun berbekalkan sedikit ilmu yg diberikan oleh seorang rakan baikku. Andai ada di antara rakan blogger yang tersingkap laman blogku ini, jangan ditertawakan tetapi mohon rakan2 blogger memberikan sedikit panduan kepada saya untuk melengkapkan laman blog saya ini agar lebih menarik.
No comments:
Post a Comment