Thursday, 20 March 2014

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Betullah kata org2 bijak pandai bahawa pembelajaran itu adalah sepanjang hayat dan tak akan berhenti selagi kita masih bernyawa di muka bumi Allah yang mencabar ini. Buktinya, diriku. Meski tidak punya kemahiran dan pengetahuan tentang penulisan blog ini apatah lagi memberikan hiasan yang kreatif agar ia kelihatan cantik dan menarik, namun atas dasar ingin belajar & mencuba sesuatu, maka ku gagahi diriku utk membuat sebuah blog atas nama "Stanza Sekeping Hati". Ini pun berbekalkan sedikit ilmu yg diberikan oleh seorang rakan baikku. Andai ada di antara rakan blogger yang tersingkap laman blogku ini, jangan ditertawakan tetapi mohon rakan2 blogger memberikan sedikit panduan kepada saya untuk melengkapkan laman blog saya ini agar lebih menarik.

AkU & SeSuAtU



Suatu ketika dalam situsai bersendirian, tetiba tergerak hati menyelongkar gambar2 lama dalam FB...seakan mencari sesuatu yang dirindui. Dipendekkan cerita, terjumpalah kunu gambar ini. Banyak cerita yang tersembunyi di sebaliknya. Apalah kunu ceritanya tu, biarlah rahsia kata Siti. Namun apa yang pasti, cerita di sebalik gambar ini adalah berkaitan lawatan murid2 tahun 6 SK Ladang Sapong tahun terakhir saya di sekolah itu selama menjadi penghuninya selama 18 tahun.